Thursday, August 2, 2012
Adieb Berbuka Puasa di Hotel Puteri Garden Klang
Seronok Adieb dapat berbuka di luar, biasanya terperap dalam rumah. jarang-jarang sekali bolehla adieb :)
Saturday, July 28, 2012
Adieb Jalan-Jalan di Fun Fair Pandamaran
Sampai letih Adieb jalan-jalan kat ekspo, tapi Adieb tetap seronok
Adieb Dinner Kat Luar
Masa ni bawak Adieb Makan kat luar di Restoren Thai makan Tomyam Putih. Adieb tengok jer, Papa dengan Mama jer makan, Tok Umi pun ada sekali...Tok Umi tukang ambik gambar nih
Adieb dapat Hamper besar
Ni hamper yang diberi oleh warga sekolah SMK Tinggi Klang kepada adieb...Amboi Adieb bergaya betul dengan hamper besar dia
Kecik-kecik Dah Dapat Tilam
Tilam ni di beli masa adieb umur 2 bulan bertemakan angry bird. satu lagi almari angry bird, Tak sabar mama dia nak beli barang kat adieb..
Adieb Dapat Tikar Baru
Bila dah dapat tikar baru, suka la dia boleh belajar ABC, tapi yang lucunya, nak makan buah dalam tikar tuh...
Adieb dah boleh meniarap
Tarikh 25.6.2012 merupakan tarikh adieb boleh meniarap, suka la boleh meniarap, sampai tak boleh nak letak sekejap, terus meiarap..lucu la adieb
8.3 Kilo dalam masa 4 bulan
Tengok la adieb tu, berat badan dah nak jadi obesiti dah, sampai nurse suruh diet dah...lucu sungguh adieb nih
Adieb dapat Kerusi baru (Fisher Price)
Tengok la Adieb ni, suka dapat kerusi baru, siap ada muzik lagi, tapi adieb kejap jer tu nanti dia boring dia tak nak la duduk..adieb adieb...
Adieb jalan-jalan ke Taman KLCC
Seronoknya adieb, dapat kenal dunia luar...Inilah dunia Metropolitan..kalau kat kampung dah bawak adieb mandi sungai dah...
Adieb Penyokong No. 1 Harimau Malaya?
Adieb dan Papa sedang menonton perlawanan bola sepak Harimau Malaya menentang apa dah..dah lupa....
Tengokla gaya anak papa & mama ni, buat muka sedih la bila Pasukan bola sepak harimau malaya kalah..sabar yer adieq...
Untie Mas datang dari Johor!
Ini untie Mas yang datang dari Johor semata-mata nak tengok Adieb, Mas ni BFF mama adieb yang sama belajar di UUM dulu, sampai sekarang masih lagi berhubung, akrab sungguh hubungan Mas dengan Mama Adieb ni. Kalau nak tahu, pada masa ni dan sekarang ni, Mas masih lagi single, Kami doakan untie Mas cepat bertemu jodoh, sebab Adieb nak kawan dengan anak Untie mas nanti...Amin
Dah Masuk 2 Bulan dah...
Ni masa bawak adieb jalan-jalan rumah sepupunya di Selayang, Adieb tidur jer dia, tp hadif dah aktif dah masa ni..Baju beli sama, ramai dah orang cakap kembar yang paling lucunya di klinik Rantau Panjang, kami bawa lah adieb dan hadif pergi check kesihatan kat sana. Adala beberapa orang ibu-ibu kat situ yang bawak baby kat sana. Kami oun dengar-dengar la jugak mereka cakap2..Lepas tu, ada sorang ibu tu tanya kat kawan dia, kembar ke tu? slamber jer dia cakap kembar...buat keputusan sendiri..kami tersenyum jer dengar, pahtu kami bagu tahu la kat mereka, ni bukan kembar, ni sepupu jer..lahir hari yang sama.
Adieb Masuk Hospital Pasir Mas
Ni Masa menunggu kat bilik kecemasan hospital Pasir Mas, Servis Teruk giler...Hospital Pasir Mas hanya ada seorang jer doktor....kalau pesakit nak mati, dah lama dah mati...teruk!
Tersebutlah kisah hari pertunangan Pok Die, Bapa saudara adieb, adieb telah di masukkan ke wad Hospital Pasir Mas
Gambar ni sedang menunggu giliran untuk check penyakit kuning, berjam-jam tunggu, Servis Teruk! itulah Hospital Pasir mas
Ni Gambar masa adieb kena jemur kat bawah lampu biru...Adieb tak nak tidur pun bawah lampu biru, adoii kesian mama adieb, terpaksa berjaga dari petang sampai pagi esok, adieb tak nak tidur...adieb adieb...Last2 doktor datang cakap xde kesan jemur bawah lampu ni kalau baby dah lebih 40 hari. Bangang punya doktor, semalam suruh masuk dalam wad baby, hari ni cakap x berkesan dah duduk dalam ni..last2 doktor ambil darah berbotol-botol...apa lagi, menangis la adieb nih..kalau tak silap lebih 5 botol ambil darah adieb, lepas tu ambil lagi darah sebab tak boleh baca pulak...adoiiii...Sakit hati betul. tengah hari jer, terus bawak adieb balik Kota Bharu.
Labels:
baby
Hari ke - 32
Ini pula hari yang ke - 32..adiq dah mula nak bergaya dah..suka dapat pakai baju baru. ni masa nak pergi klinik nak check penyakit kuning lagi ke tak :)
Labels:
baby
Hari ke-28
Ok kita langkau ke hari 28, gaya adieb macam nak tomoi dah...tengok gaya macam aktif jer adieb nih...letih la papa dia..ops!!! mama dia yang letih sebenarnya...
Labels:
baby
Friday, July 27, 2012
Hari Kesembilan
Ini pula hari kesembilan, maklumlah bila sampai di kampung tak sempat dah nak ambil gambar sebab adieb dah ramai tetamu yang datang melawat. nak rehat tak cukup. Tidur lagi best kata adieb.
Labels:
baby
Hari Ketujuh
Ini hari ketujuh adieb, hari keenam tak sempat nak ambil gambar, maklumlah baru sampai di Kota Bharu ramailah orang datang melawat adieb, sampai tak sempat nak ambil gambar adieb nih. Seronoknya adieb tidur ni.
Labels:
baby
Hari kelima
Ini masa singgah rumah sepupu adieb, iaitu hadif. Kebtulan lahir hari yang sama. Jadi samalah umur mereka berdua. singgah ni sebab nak balik berpantang di kampung iaitu rumah tok umi dia di Kg Sireh, Kota Bharu.
Labels:
baby
Hari keempat
Seronoknya dapat tidur, beralaskan kain selimut papa dia, sebab masa ni semua peralatan baby tinggal di kampung, jadi di Klang ni guna jelah apa yang ada
Labels:
baby
Hari kedua
Hari kedua dah kena belajar hisap puting dah...tapi adieb ni cerdik, sampai sekarang tak hisap puting...huhuhu
Labels:
baby
Hari Pertama
Inilah hero Mohd Koiry, hari pertama di lahirkan di Hospital Selayang pada 5.2.2012 Jam 11.35mlm. Syukur pada Allah dengan kelahiran seorang baby yang sangat cantik ini. Dari jam 2.00 petang mama adieb masuk wad bersalin hinggalah jam 11.35 malam baru adieb keluar ke dunia, Alhamdulillah, Hampir-hampir dah nak di bedah, hanya doa saja yang telah melambatkan mama adieb ni dibawa ke bilik pembedahan. Ada sesuatu yang berlaku masa itu apabila bilik pembedahan ada masalah..Masa adieb nak keluar, bilik bedah sudah cal sebab nak lakukan pembedahan, tapi adieb tak nak keluar melalui pembedahan, dia nak keluar secara normal. Akhirnya doa kami termakbul, Terima Kasih Allah. Yang paling lucunya, petang sebelum nak lahirkan Adieb ni, kenduri bapa saudara dia juga iatu Pok Ju, kebetulan masa tu Ayah dan Mek dari kampung datang sekali, malam tu diorang nak balik kampung selepas majlis selesai, Kak Ipar mama adieb ni mengadi sakit perut dah keluar air ketumbang dah..tak jadi la la mek balik kampung, padahal dah kat atas bas dah. selang sejam pula mama adieb pula sakit perut..kelam kabut jadinya..apa pun semua itu kenanga terindah melahirkan baby pertama ini.. :)
Ini Tok Umi, Letih baru sampai dari Kota Bharu..semangat nak tengok cucu
Cuba tgk telinga Adieq, nampk mcm kalimahkan?
Ni Adieq tengah di kendong oleh Pak Long dia, yang pompuan tu mak Long Adieb
Labels:
baby
Subscribe to:
Posts (Atom)